Khamis, 22 November 2012

(^_*) 2 Muharram 1434 Hijrah (^_*)


Jiwa-Jiwa Islam Dikoyak Lagi

Bismillahhirrahmanirrahim....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani...
Segala Puji-pujian keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, Segala Pujian dan Kebesaran Hanya MilikMu Ya Allah..

1 Muharram 1434 Hijrah, bilamana seluruh umat islam sedang menyambut kedatangan awal Muharram... Palestin dikejutkan dengan serangan udara ke atas pemimpin Hamas Ahmed Al-Jabari. Beliau syahid selepas terkena peluru berpandu Israel Laknattullah...

Keretanya hancur, hangus terbakar terkena serangan roket, namun ajaibnya senaskhah Al Quran di dalam keretanya cuma terbakar sedikit sahaja. Allahuakhbar!!!


Semoga berbahagia disana wahai Syuhada..




"Peristiwa yang sama berlaku pada bulan Muharram tahun 2008. Masih ingatkah kita??? wahai saudaraku di bumi penuh keberkatan, doa kami bersama kalian. Kemenangan pasti menyusur setelah ujian. 2008 serangan kejam keatas Gaza, namun akhirnya Hamas menguasai pemerintahan bumi Palestin. Perubahan demi perubahan dan anjakan demi anjakan berlaku. Revolusi Arab Spring menyusur...tahukah anda kemenangan semakin hampir. Tahukah kalian wahai Zionis Laknattullah bahawa mukmin itu rindukan SYAHID...tidak gentar dengan perlu berpandu kalian...gugurnya darah Syuhada dibumi suci ini akan menyemarakkan pembebasan penguasaan kalian....Allah lebih berkuasa memberi kemenangan...ketahuilah kalian....Takbir Allahhuakhbarr..!!" - Ana Ayume

Ya Allah, Yang Maha Berkuasa atas Segalanya, Yang Maha Besar dan Maha Tinggi
Kami memohon dari KebesaranMu dan KekuatanMu
Ya Allah, Berilah Kemenangan kepada Mujahidin Yang Ikhlas dijalanMu
Semoga Engkau Sentiasa Di sisi Mereka, bersama mereka
Ya Allah, Engkau berilah kemenangan kepada mereka, Berilah kekuatan kepada mereka,
Satukan Hati, Pemikiran dan Pandangan mereka,
Ya Allah, Fokuskan bidikan senjata mereka, Gabungkan kekuatan dan Hujah-Hujah mereka...

Allahuma Aamiinn....

Ahad, 14 Oktober 2012

Pesta Sukan Kab ( PesKab )

(^_*) 14 Oktober 2012 ~ Pesta Sukan Kab~ (^_*)

Fuhhh penat gila....Peskab..even main 2 sukan ja...bola sepak ngn bola tampar....tp yang lawak skali main bola tampar....dah la xpernah main....mmbr tarikk suruh main praktikal skitt truss lawan.....mula2 msuk main game yg kita xbiasa mmg kekok gila2 nya....then bila dah menang automatik jd confident...

Nie tentatif nya :(^_^)







so, pa result dia...nie arr...

Final Volley Ball (15-5)-main 1set..15 mata ja

Cendramata 4 winners

Specials Thankz 2.... Saiful, Meon, Ramiz, Kutam, Mat Alip, SYeikh...

Jumaat, 12 Oktober 2012

(*_^) 13 Oktober 2012 ( Cinta Rasul )(*_^)


(*_^) 13 Oktober 2012 ( Cinta Rasul )(*_^)

Salam Alaikk...jangan lupa temujanji kita...22 Oktober nie

"Orang Muda Geng Kita "


Jangan lepaskan peluang untuk bersama dengan Ulama tersohor dalam program cintai Rasul. Nantikan juga persembahan daripada kumpulan nasyid terkenal tanah air INTEAM, AL MAWLID & MUHIBBAIN. 

(^_*) 12 Oktober 2012 ( Orang Muda geng kita )

(^_*) 12 Oktober 2012 ( Orang Muda geng kita )

Salam, pembuka bicara....ari nie merupakan ari yang bertuah buat bumi Upsi khususnya kepada Rakan Pusat Islam Upsi dan warga Upsi sendiri...xkira la yang muda ka yang tua ka...semua dapat merasa sorang sikit...

So..apa yang bertuahnya ari nie....tanggal 12 Oktober bleh dikatakan sejarah buat Upsi apabila Al-Fadhil Ustaz Don Danial sudi ke Masjid Induk, Kampus Sultan Azlan Syah, Proton City...



" Solatmu Pembentuk Peribadimu.."

info dpd Rakan Pusat Islam Upsi,,,,,ramai yang g nengok....



Sapa2 yang berkesempatan td dpt arr dengar n faham apa yang diperkatakan oleh al-fadhil mengenai tajuk nie...malangnya ku xdpt g...apakan daya klas punya pasal...abiz klas dah kol 5.00..sgt2 la beruntung sapa2 yang dpt g td...n sgt2 rugi sapa2 yang xdpt g...tp xpa La-Tahzan innallah Ma'ana...

Untuk tatapan kwn2 nie..ada gambo aku ambik dpd Nik Shafiq..


~ Special thankz 2 Nik Shafiq ~

Khamis, 11 Oktober 2012

(^_*) 11 Oktober 2012 ( Give me support..Pleasee!! )


(^_*) 11 Oktober 2012 ( Give me support..Pleasee!! )

ari nie..xtau pa nak jadi kat ku nie....bangun lewat....kelas badminton xg.....ptg lak ada microteaching futsal tp handouts xprints g.....apiitz..apiitz.....(maybe ari nie ary mls seduni kot..hahahaha). ...

tp skang nie dah ok skitt...ku tdolps solat magrib....bg relax2 dulu otot ngn otak nie....lepas 2 bgun bt assgment...then solat isyak & Tahajud....haaa.....bru ada fresshh skitt badan nie....bru da semangat....rupa2 support yang perlu ku mintak daripada-Nya bukan daripada si dia....ygitu yang aku n kita semua kena ubah....

bg yang xtau tuu...nie ku nak gtau....ku pun xpandai sgt...tp stilll tgh blajar g...

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Di antara fadhilatnya  :
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.

Lafaz Niat Solat Sunnat Tahajjud
 

أصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala

عَنْ طَاوُسٍ سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يَتَهَجَّدُ قَالَ اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَوْ لَا إِلَهَ غَيْرُكَ

Dari Thaus, beliau mendengar Ibnu Abbas RA berkata bahawa setiap kali Rasulullah SAW  bangun pada malam hari untuk solat Tahajjud, Rasulullah SAW  mengucapkan : Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi dan segala isinya. BagiMulah segala puji'. Bagimu kerajaan langit dan bumi serta isinya. Dan bagiMulah segala puji cahaya bagi langit dan bumi, Engkaulah yang benar, dan janjiMu adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan nabi-nabi itu adalah benar, dan nabi Muhammad saw, adalah benar, dan saat hari kiamat itu adalah benar, ya Allah, kepadaMulah kami menyerah diri, kepadaMulah kami beriman, kepadaMulah kami bertawakkal, kepadaMulah kami bertaubat, Dengan pertolonganMulah kami membantah (orang kafir), kepadaMulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang belum kami lakukan, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."  Hadis riwayat Bukhari.


Rabu, 3 Oktober 2012

(*_*) You Teach Me Everything (*_^)


(*_*) You Teach Me Everything (*_^)

You teach Me....How to Trust

You teach Me....How to Give

You teach Me....How to Listen

You teach Me....How to Share

You teach Me....How to Love

You teach Me....Hew to Obey

You teach Me....How to Care

You teach Me....How to Serve

And You teach Me.....How to Forgive.....






Isnin, 1 Oktober 2012

(^_*) Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4 (^_*)

(^_*) Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4 (^_*)

Klik pada link untuk download

Klik SkipAd untuk ke file 


Muka Depan - http://adf.ly/DM2v9

Ahli Panel - http://adf.ly/DLxZg

Kata Pengantar - http://adf.ly/DM2qi

Kandungan - http://adf.ly/DLxtb

Pengenalan Sains Sukan - http://adf.ly/DM2wH

Anatomi Fisiologi 1 - http://adf.ly/DLxeO

Anatomi Fisiologi 2 - http://adf.ly/DLxfd

Anatomi Fisiologi 3 - http://adf.ly/DLxgv

Anatomi Fisiologi 4 - http://adf.ly/DLxlj

Anatomi Fisiologi 5 - http://adf.ly/DLxn8

Biomekanik 1 - http://adf.ly/DLxpH

Biomekanik 2 - http://adf.ly/DLxqu

Biomekanik 3 - http://adf.ly/DLxs3

Persediaan Fizikal 1 - http://adf.ly/DM2xL

Persediaan Fizikal 2 - http://adf.ly/DM2yc

(^_*) Dulu Aku Degil (*_^)


(^_*) Dulu Aku Degil (*_^)

Mak kata jangan main sukan banyak sangat-tp aku main jgak
Mak kata jgn g mandi sungai-tp aku g jgak
Mak kata jgn g merayau rata2-tp aku g jgak
Mak kata blik sebelum maghrib-tp aku blik lambat jgak
Mak kata jgn blik lebih dpd pkul 12-tp ku blik lambat gak
Mak kata jangan main softball-tp aku main gak
Apa yg mak kata semua ku xikut…xbuat…Akhirnya nie arrr padahnya….. emmm kalau mak kata tue mesti ada hikmahnya kan2..

UPSR-2A,2B,1C
PMR-5B,2C,1D
SPM-(1)A2,(2)3B,(2)5C,(2)6C,(2)7D,(1)8E
STPM(1)-(1)B+,(1)B,(1)C+,(1)C – 2.67

Lps ja ku dpt tau result STPM(1) ku…..ku mmg down gila kot……nak2 lg ku xdpt msk mana2 u pun….lg bengang bin bangang….mcm2 dlm cranial cavity nie….sapa lg tempat ku nak ngadu…..Mak jgak la yg ku cari…..start pada tuu…apa yg mak kata…apa yg mak ckp…ku ikut…sukan ku stop setahun….Hasilnya….

STPM(2)-(1)A,(1)B+,2(B-) – 3.17

Syukur Alhamdulillah…Amin….

Now I’m Upsian Siswazah( ISMP Pendidikan Khas)….tp ku apply guna result STPM yg first. Start pada tuuu…pa g….Mak la Org yg paling Happy…Senyum Sampai ke telinga….klau x aku nie la…yg selalu bg dia susah aty….n yg lebih sweet charity g…ku dapat wakil Malaysia under MASUM utk 2thn berturut2, Sukma Kedah, and then tentulah UPSI..nak tau sukan pa yg ku men….sini2

Moral of the sotry…

Apa yang mak ayah kata tue …apa yang mak ayah larang tue ada hikmahnya… memang arr kadang2 tuu kita rasa xbtol…dia kan mak ayah kita…so dia lebih tau pa yg terbaek untk kita….respect them please…be anak yang soleh n solehah…mula2 tuu mmg kita akn bangkang…tp bila lama2 kita mula rasa…owwhhh…emmmm…uuuuuu….sambil angguk kpala…

Skiitt Gambo (^_*):








(^_*) Tersasar Lagi (^_*)




(^_*) Tersasar Lagi (^_*)

Ya Allah!! Hari ini aku tewas lagi Ya Allah…..hambamu ini sangat lemah Ya Allah…..Sungguh mudah aku tertewas……Ampunkan hambamu nie Ya Allah…sesungguhnya hambamu nie gagal dalam jihad matanya…. bagaimanakah agaknya ujian yang lebih besar diberikan kepadaku sedangkan yang sekecil ini pun aku xmampu tanggung…..





Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Tahun Baru!!!!...


Ahlan wasahlan…dan salam alaike….Selamat Tahun Baru kpd anda semua….atau lebih tepat lagi Happy New year’s…mesti anda semua happy kan sambut malam tahun baru semalam….emm..di Malaysia nie..kebiasaannya malam sebelum tahun baru..apa lagi…konsert arrr…pertunjukkan bunga api…
Tapi semalam aku memang tertarik dengan pendekatan yang digunakan oleh kerajaan negeri Selangor yang mengadakan sambutan malam tahun baru dengan majlis ilmu….aku nie berhasrat arr jgak nak g tgok…tp jauh punya pasal ….terbantut sudah niat..hemm hari plak fb kat kolej buat hal…aku dh arr excited gila nak tegok apa yang jadi kat sna malam semalam…dikatakan majlis tuu mendapat sambutan masyarakat warga kota kira-kira 80 000 orang yang berlatar belakangkan perbagai identity masyarakat….kecil, tua, muda, pelajar, artis, guru, sampaikan mamat rock pun ada…ramai org kata kalau buat majlis ilmu untuk sambut tahun baru mesti xkan dapat sambutan punya lahh…tp semalam segala kritikan tersebut dijadikan peluang oleh kerajaan negeri Selangor untuk menarik minat masyarakat mendekati Allah ditengah2 kota…
Dikhabarkan majlis semalam turut dijayakan oleh pelawak tanah air iaitu, zizan raja lawak, al-fadhil ustaz Azhar, Sham kamikaze, syahir, dan ramai lagi…aku ternanti-nanti video soal jawab antara zizan dengan ustaz azhar yang dikatan lawak abis seperti yang dbgtau rakan2 fb….
So, disebabkan aku xtgok g video tuu..jd aku nak off dlu topic nie…nnt akan aku post pada entry yg seterusnya…pada masa yang sama jugak…di Upsi,tanjung malim perak….berpuluh-puluh mahasiswa pula berhimpun didepan pintu utama upsi untuk menuntuk hak kebebasan berpolitik…kawan ku gtau sorang nazak…beberapa orang lagi cedera akibat bergasak dengan FRU( anjing Umno)…mmbr ku cakap pd mula2 tuu…perhimpunan berjalan dengan aman…tp disebabkan campur tangan anjing Umno ni la…keadaan jadi huru hara…lpas tuuu lbih drpd 10 org mahasiswa ditangkap….hemm apa la nak jadi…ayuh mahasiswa bangkitlah!...

Ahad, 25 September 2011


Pendaftaran Pelajar Jarak Jauh Semester 1 sesi 2011/2012

Tanggal 24.09.2011 ataupn yg sma waktu dgnnya hari sabtu...telah berlangsungnya hari pendaftaran pelajar PJJ.....

hari tuu macam2 ragam laa yg ku blehh tgok...al maklum laa.....pelajar2 yg g daftar semuany yg dh sah bergelar cikgu.....n klau tgok dri umur tuuuu blehh dikategorikan nk pencen dh......

tp ku respek cikgu2 nie...walaupun usia dh meningkat tetap timba ilmu lg...selagi hayat dikandung badan lakatakan....

pg tuu aku bgun awal...coz busu ka kol 7.30 kna ada d caunselori dh...tp nk bt cam na....kol 8 gak kmi sampai....

meon ngn the gang.....dketuai oleh meon,aku,pon,kori dan syeikh...kmi 5 org jd urusetia untk pendaftaran PJJ nie...

bez jgak keja ngn gang nie,,...sempoi...cam adik bradik....tambah lg ngan cara busu keja...rlax n steady...xpush org bawah.....

sampai ja sna lam kol 8pg...kmi trus mula keja....(elak dri kena mrah ngn busu)...aku,syeikh n pon jd runner...meon ngn kori lakk jaga checkpoint......

tp kadang2 tuu kmi tlg ganti jgak...panas kot....brdri depan sitc tuuu....jd runner nie bez...
lehh p merata...kja byak jgak...tp rlaxx ja..heheheh...

macam2 ragam cikgu2 nie...ada yg jln ke checkpoint brenti R&R 2,3,4 kali....cm highway lakk.....(biasa la dh tua2 ni kan..)

lps edar mkanan kat cikgu lam kol 1...lpak2 sat..sambil tuggu busu....sampai tertido lakk...last skali trus blah....ngantuk punya pasal....
hemm lau nk crita nie mmg panjang so..endnya kat sni ja...

(^_*) wonderfull life with softball...(^_*)
Alhamdulillah, melangkahnya aku ke alam university…rezeki aku melimpah ruah pada tahun ini..... pada tahun ini saja aku dapat bermain softball dalam 3 kejohanan besar sukan di Malaysia,
iaitu SUKMA, MASUM dan National Open. Bagi aku pendedahan kepada kejohanan-kejohanan yang lebih besar akan membuatkan kita lebih bersemangat dan bernafsu untuk memajukan diri dalam sukan softball.






National Open tahun ini aku bermain untuk pasukan MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia) ….hard luck dalam grouping…MASUM vs BANTURAZ (3-1), MASUM vs TSA (2-3), MASUM vs VIPERS (0-3), MASUM vs SARAWAK (7-0).
Berbaki dengan 2 kemenangan dan 2 kekalahan menyebabkan pasukan MASUM tidak layak ke quarter final kerana VIPERS dan TSA telah menang 3 perlawanan. Hard luck from there…anyways it’s a nice game…




" Happy Sokmo..""



KEJOHANAN SOFBOL TERBUKA KEBANGSAAN KE-37 KUANTAN

‘ Big step from here for  TITANS…’

National Open untuk ke-37 kalinya pada tahun ini telah diadakan di kuantan Pahang. Sebanyak 27 pasukan telah menyertai Kejohanan Sofbol Terbuka Kebangsaan pada kali dengan pasukan lelaki terbahagi kepada 6 group,manakala pasukan perempuan terbahagi kepada 2 group. Johan setiap group akan layak ke peringkat suku akhir, sementara itu naib johan akan bermain dalam group round robin yang dibahagikan kepada 2 group. Johan setiap group round robin akan layak ke suku akhir untuk mengisi kekosongan 2 pasukan di peringkat tersebut. Ternyata finalis tahun lepas, iaitu pasukan dari Perak A (Bigfoot) berada pada kelas tersendiri untuk merangkul kejuaraan pada tahun ini dengan mengatasi pasukan MSP B (TITANS) 7-0 di pentas final……

Rabu, 26 Januari 2011

First Club Aku Join





''Everything is Possible"-a moment with Peregrine Softball Club.......

Perlawanan persahabatan pertama dengan pasukan UPSI


Lost 5-1

First Game

''Everything is Impossible"-Salam pembuka bicara, gambar ini di ambil oleh Mohd Hafiz Bin Mohd Ismail[Mutu] semasa pasukan softball lelaki dan perempuan UPSI mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan softball sekolah menengah di Ipoh.......

'' ustad kate... cintailah sofbal.. bile kira cinta, smua enda akan jadi mudah.. kite takkan mngeluh untuk turun dan berusaha... :)''-Ustaz. seperti kata-kata Ustaz Nazim semua benda akan jadi mudah jika kita cinta dan bersungguh dalam sesuatu perkara....Masa game ni banyak benda yang dapat ku ambik ikhtibar
segala-galanya mesti bermula daripada kosong, walupun aku sudah menguasai skill dan teknik-teknik softball......



Ahad, 21 Februari 2010

SUKATAN PELAJARAN 966 SAINS SUKAN STPM

KERTAS 1

Pengantar Sains Sukan
-Pengertian dan Skop Sains Sukan
-Konsep Sains Sukan
-Hala tuju Sains Sukan untuk pelbagai kumpulan manusia
-Aplikasi Sains Sukan


Anatomi dan Fisiologi
-Pengenalan kepada Unit Berstruktur
-Ilmu Kimia tentang Manusia
-Sel, Tisu dan Membran
-Sistem Integumentari
-Sistem Rangka
-Sistem Otot
-Sistem Saraf
-Sistem Urinari
-Deria Khas
-Sistem Reproduktif


Pengurusan Kecederaan Sukan
-Pengenalan kepada Asas Bantu Mula
-Pendarahan dan Luka Terbuka
-Prinsip Penilaian Awal Kecederaan
-Pitam dan Pengsan (unconscious athlete)
-Kecederaan Tisu Lembut (soft tissue injury)
-Resusitasi Kardio-pulmonari (CPR)
-Patah dan Terkehel (dislocation)
-Pencegahan Kecederaan Sukan
-Pemulihan Kecederaan Sukan
-Pendedahan pada Cuaca Panas
-Masalah Kesihatan Umum


Biomekanik Sukan
-Pengenalan kepada Biomekanik Sukan
-Pengenalan Analisis Kualitatif
-Pengenalan Analisis Kuantitatif


Kejurulatiahn Sukan
-Falsafah Kejurulatihan
-Peranan dan Tugas Jurulatih
-Etika Kejurulatihan
-Stail Kejurulatihan
-Prinsip Latihan
-Program Latihan
-Uji bakat, Pemilihan Pemain dan Penilaian Prestasi


Rekreasi dan Kesenggangan
-Pengenalan Rekreasi dan Kesenggangan
-Konsep Rekreasi dan Kesenggangan
-Bidang Aktiviti Program Rekreasi dan Kesenggangan
-Kepepimpinan dan Perkembangan Program Rekreasi


Kesenggangan
-Fungsi, Nilai dan Implikasi Rekreasi dan Kesenggangan.


KERTAS 2

Sosiologi Sukan
-Pengenalan Sosiologi Sukan
-Sosiologi Sukan
-Sukan dan Stratifikasi Sosial
-Sukan dan Integrasi Kaum
-Wanita dan Sukan
-Sukan dan Ekonomi


Pengurusan Sukan
-Definisi Pengurusan Sukan
-Kemahiran dalam Pengurusan Sukan
-Tanggungjawab dalam Pengurusan Sukan
-Konsep Utama Pengurusan Sukan
-Jenis Pengurusan Sukan
-Struktur dan Carta Organisasi Sukan
-Pengurusan Prasarana, Alatan dan Pasukan


Fisiologi Senam
-Tenaga untuk Aktiviti Fizikal
-Sistem Otot
-Sistem Peredaran Darah
-Sistem Respiratori
-Sistem Kardiorespiratori
-Sistem Endokrina
-Kesan Latihan
-Kesan Persekitaran dan Prestasi Sukan
-Aktiviti Fizikal dan Kesihatan


Kinesiologi dan Lakuan Motor
-Pengenalan kepada Kinesiologi
-Bidang Kinesiologi
-Cabang Utama Kinesiologi
-Pengenalan Lakuan Motor
-Klasifikasi Kemahiran Motor
-Individu dan Persekitaran
-Perspektif Kawalan dan Prestasi Motor


Psikologi Sukan
-Pengenalan Psikologi Sukan
-Personaliti
-Kebangkitan dan Kebimbangan dalam Sukan
-Motivasi
-Keagresifan dalam Sukan
-Kesepaduan Pasukan
-Tumpuan


Pemakanan Sukan
-Sistem digestif dan nutrient
-Pemakanan dan Prestasi Sukan
-Kawalan Berat Badan
-Bantuan Ergogenik dan Prestasi Sukan

Disiplin akademik sukan



Disiplin akademik sukan


Biomekanik – satu bidang menggunakan prinsip saintifik, mekanik dan fizik untuk memahami pegerakan tubuh badan manusia dan perlakuan menggunakan alatan sukan.
Anatomi dan fisiologi – Mengkaji tentang anatomi tubuh badan termasuk pelbagai sistem dan fungsinya serta prinsip anatomi dan fisiologi yang merangkumi sistem rangka manusia, otot dan sebagainya.

Fisiologi senaman – satu bidang untuk menjalankan sesuatu kaedah senaman yang sesuai tentang tubuh manusia.

Kinesiologi – kajian mengenai kaedah penilaian pergerakan tubuh badan manusia.

Lakuan motor – bidang pengajian pergerakan manusia yang melibatkan sistem mekanisma biologi dan berperanan menghasilkan lakuan motor.

Psikologi Sukan – mengkaji tingkah laku individu dalam sukan
Sosiologi sukan – bidang kajian yang mengaplikasikan konsep


sosiologi untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan.

Kejurulatihan sukan –meningkatkan tahap pengetahuan dan professional jurulatih berdasarkan pengetahuan sains sukan.

Pemakanan sukan – aplikasi strategi pemakanan untuk menggalakan kesihatan , mengadaptasikan pemakanan kepada latihan, mengurangkan masa pemulihan selepas latihan serta meningkatkan prestasi optimum semasa latihan dan bertanding.

Kecederaan sukan – membantu mengenalpasti kecederaan dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak dari ditimpa kemalangan serta pemulihan selepas kecederaan.
Pengurusan sukan – satu usaha untuk mengelola atau menyelesaikan satu tugasan secara bersama dengan orang lain, sekumpulan orang atau dengan beberapa kumpulan semata-mata untuk mencapai objektif sesebuah organisasi.


Rekreasi dan kesenggangan – program sukan yang menitikberatkan penyertaan atas pilihan sendiri supaya peserta berasa seronok, puas hati dan dapat bersosial.

SELAMAT BELAJAR...