
Disiplin akademik sukan
Biomekanik – satu bidang menggunakan prinsip saintifik, mekanik dan fizik untuk memahami pegerakan tubuh badan manusia dan perlakuan menggunakan alatan sukan.
Anatomi dan fisiologi – Mengkaji tentang anatomi tubuh badan termasuk pelbagai sistem dan fungsinya serta prinsip anatomi dan fisiologi yang merangkumi sistem rangka manusia, otot dan sebagainya.
Fisiologi senaman – satu bidang untuk menjalankan sesuatu kaedah senaman yang sesuai tentang tubuh manusia.
Kinesiologi – kajian mengenai kaedah penilaian pergerakan tubuh badan manusia.
Lakuan motor – bidang pengajian pergerakan manusia yang melibatkan sistem mekanisma biologi dan berperanan menghasilkan lakuan motor.
Psikologi Sukan – mengkaji tingkah laku individu dalam sukan
Sosiologi sukan – bidang kajian yang mengaplikasikan konsep
sosiologi untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan.
Kejurulatihan sukan –meningkatkan tahap pengetahuan dan professional jurulatih berdasarkan pengetahuan sains sukan.
Pemakanan sukan – aplikasi strategi pemakanan untuk menggalakan kesihatan , mengadaptasikan pemakanan kepada latihan, mengurangkan masa pemulihan selepas latihan serta meningkatkan prestasi optimum semasa latihan dan bertanding.
Kecederaan sukan – membantu mengenalpasti kecederaan dan mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak dari ditimpa kemalangan serta pemulihan selepas kecederaan.
Pengurusan sukan – satu usaha untuk mengelola atau menyelesaikan satu tugasan secara bersama dengan orang lain, sekumpulan orang atau dengan beberapa kumpulan semata-mata untuk mencapai objektif sesebuah organisasi.
Rekreasi dan kesenggangan – program sukan yang menitikberatkan penyertaan atas pilihan sendiri supaya peserta berasa seronok, puas hati dan dapat bersosial.
SELAMAT BELAJAR...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan