Khamis, 22 November 2012

(^_*) 2 Muharram 1434 Hijrah (^_*)


Jiwa-Jiwa Islam Dikoyak Lagi

Bismillahhirrahmanirrahim....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihani...
Segala Puji-pujian keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, Segala Pujian dan Kebesaran Hanya MilikMu Ya Allah..

1 Muharram 1434 Hijrah, bilamana seluruh umat islam sedang menyambut kedatangan awal Muharram... Palestin dikejutkan dengan serangan udara ke atas pemimpin Hamas Ahmed Al-Jabari. Beliau syahid selepas terkena peluru berpandu Israel Laknattullah...

Keretanya hancur, hangus terbakar terkena serangan roket, namun ajaibnya senaskhah Al Quran di dalam keretanya cuma terbakar sedikit sahaja. Allahuakhbar!!!


Semoga berbahagia disana wahai Syuhada..




"Peristiwa yang sama berlaku pada bulan Muharram tahun 2008. Masih ingatkah kita??? wahai saudaraku di bumi penuh keberkatan, doa kami bersama kalian. Kemenangan pasti menyusur setelah ujian. 2008 serangan kejam keatas Gaza, namun akhirnya Hamas menguasai pemerintahan bumi Palestin. Perubahan demi perubahan dan anjakan demi anjakan berlaku. Revolusi Arab Spring menyusur...tahukah anda kemenangan semakin hampir. Tahukah kalian wahai Zionis Laknattullah bahawa mukmin itu rindukan SYAHID...tidak gentar dengan perlu berpandu kalian...gugurnya darah Syuhada dibumi suci ini akan menyemarakkan pembebasan penguasaan kalian....Allah lebih berkuasa memberi kemenangan...ketahuilah kalian....Takbir Allahhuakhbarr..!!" - Ana Ayume

Ya Allah, Yang Maha Berkuasa atas Segalanya, Yang Maha Besar dan Maha Tinggi
Kami memohon dari KebesaranMu dan KekuatanMu
Ya Allah, Berilah Kemenangan kepada Mujahidin Yang Ikhlas dijalanMu
Semoga Engkau Sentiasa Di sisi Mereka, bersama mereka
Ya Allah, Engkau berilah kemenangan kepada mereka, Berilah kekuatan kepada mereka,
Satukan Hati, Pemikiran dan Pandangan mereka,
Ya Allah, Fokuskan bidikan senjata mereka, Gabungkan kekuatan dan Hujah-Hujah mereka...

Allahuma Aamiinn....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan